PROFIL KAMPUNG
PERUMAHAN TOK RANDOK
21800 AJIL, HULU TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
LOKASI DAN SEJARAH:
Perumahan Tok Randok terletak di Daerah Hulu Terengganu dalam Mukim Penghulu Diman. Jarak dari Bandar Kuala Berang kira-kira 10 kilometer.
Perumahan Tok Randok merupakan sebuah perumahan yang terancang. Sebelum perumahan ini dibuka,kawasan asalnya ialah kawasan penanaman getah kepunyaan salah seorang penduduk kampung berhampiran.Perumahan ini turut juga dikenali sebagai sebuah penempatan baru yang wujud di kawasan ini. keluasannya kira-kira 57 ekar.
Pembinaan bermula pada tahun 1982, melalui Perbadanan Memajukan Intisak Negeri Terengganu, perumahan ini telah dibina sebanyak 212 unit. Perumahan ini merupakan rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh semua golongan .Setiap rumah mempunyai 2 bilik tidur, bilik air, tandas, dan kawasan laman yang agak luas.
Pada Oktober 1984, sebahagian daripada perumahan ini telah menerima penduduk peringkat pertama yang berjaya dalam permohonan. Perumahan ini diduduki sepenuhnya pada tahun 1988. Penduduk yang menghuni kawasan perumahan ini terdiri daripada beberapa kampung yang berhampiran ketika itu.
PELAN KAWASAN PERUMAHAN :
ANTARA PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN YANG TURUT TERDAPAT DALAM KAWASAN PERUMAHAN TOK RANDOK:
TERDAPAT JUGA BEBERAPA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN. ANTARANYA IALAH:
A.PENDIDIKAN :
Pendidikan adalah aset yang amat bernilai dalam diri seseorang tidak kira peringkat umur. Pihak kepimpinan kampung juga sedar bahawa kanak-kanak di kampung ini memerlukan bahan rujukan yang banyak untuk setanding dengan dunia globalisasi pada hari ini. Ini juga sekaligus bagi merealisasikan kejayaan milik mereka. Justeru. pihak kepimpinan telah mengambil tindakan dengan menyediakan beberapa kemudahan seperti :
i) Perpustakaan Desa
Perpustakaan Desa Perumahan Tok Randok telah ditubuhkan sekitar tahun 1999. Bangunan Perpustakaan ini adalah bersebelahan balai raya. Perpustakaan ini mempunyai seorang petugas yang mengendalikan perpustakaan berkenaan.
ii) Penempatan Komputer di Perpustakaan
Bagi merealisasikan seruan kerajaan untuk menerokai dunia tanpa sempadan, pihak kepimpinan kampung telah berusaha menyediakan kemudahan internet yang ditempatkan di Perpustakaan Desa. Hal ini dapat memudahkan pengunjung di perpustakaan menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan tambahan yang diperlukan.
Selain itu , masjid juga dibina bagi memudahkan para jemaah untuk menunaikan solat jumaat berjemaah.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Majlis Gotong-Royong Kenduri Rakyat Perumahan Tok Randok bersama Ahli Parlimen YB Dato Jailani Johari pada 30 November 2013. Kehadiran pada hari tersebut adalah seramai 30 penduduk kampung. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
AKTIVITI KEAGAMAAN :
Kebanyakan daripada aktiviti ini diuruskan oleh ahli jawatankuasa masjid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Kelas Fardu Ain, Ceramah agama, Bacaan Yassin dan Tahlil.
i. Kelas Fardu Ain
Kelas ini diadakan pada setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi. Kelas ini tertumpu kepada golongan kanak-kanak. Kelas ini dikendalikan oleh Ustazah Haridah binti Muda dari Yayasan Islam Terengganu.
ii. Ceramah Agama
Ceramah agama ini dikendalikan oleh Ustaz Abd Rashid bin Long. Ceramah ini tertumpu pada isu-isu agama dan diadakan di masjid Perumahan Tok Randok. Kebiasaannya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di perumahan ini dan juga penduduk di sekitar kawasa perumahan ini.
AKTIVITI BAGI TAHUN 2015
1) Majlis penyerahan van jenazah kepada pihak pengurusan Masjid Hadhari,Perumahan Tok Randok yang Dirasmikan oleh YANG BERHORMAT DATO JAILANI JOHARI(PARLIMEN HULU TERENGGANU) pada 5 April 2015,
Turut hadir :
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
2) Program gotong-royong penduduk kampung bersama agensi anti dadah kebangsaan (AADK) pada 28 Mei 2015. Program yang dijalankan ialah :
3) Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Tengku Muhamad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abidin pada 6 Julai 2015 bertempat di Masjid Hadhari Perumahan Tok Randok.
Turut Hadir :
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
PERANCANGAN MASA HADAPAN
Bagi memastikan perumahan ini terus maju di masa akan datang,pihak JKKK perumahan ini telah bercadang untuk menjayakan Projek Bumi Hijau. Hal ini juaga boleh mengelakkan pembaziran tanah,disamping dapat menambahkan pendapatan penduduk kampung ini yang berminat untuk bercucuk tanam.
Pada peringkat permulaan,pihak JKKK telah bercadang untuk menanam tanaman jangka pendek yang mudah untuk dituai dan tidak menelan kos yang tinggi.Tanaman yang disyorkan adalah sayuran-sayuran seperti sawi,bayam,salad dan sebagainya.Projek ini terbuka kepada semua penduduk kampung yang berminat untuk berbakti kepada tanah.Tumpuan juga diberikan kepada belia-belia kampung ini yang tidak mempunyai pekerjaan.
Projek ini juga akan mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum dilaksanakan .Contohnya daripada Pihak Pertanian,MARDI,FAMA dan sebagainya.Jika projek ini berjaya,pihak JKKK bercadang untuk turut menerokai bidang penanaman secara hidroponik dan petigasi.
Perumahan Tok Randok terletak di Daerah Hulu Terengganu dalam Mukim Penghulu Diman. Jarak dari Bandar Kuala Berang kira-kira 10 kilometer.
Perumahan Tok Randok merupakan sebuah perumahan yang terancang. Sebelum perumahan ini dibuka,kawasan asalnya ialah kawasan penanaman getah kepunyaan salah seorang penduduk kampung berhampiran.Perumahan ini turut juga dikenali sebagai sebuah penempatan baru yang wujud di kawasan ini. keluasannya kira-kira 57 ekar.
Pembinaan bermula pada tahun 1982, melalui Perbadanan Memajukan Intisak Negeri Terengganu, perumahan ini telah dibina sebanyak 212 unit. Perumahan ini merupakan rumah kos rendah yang mampu dimiliki oleh semua golongan .Setiap rumah mempunyai 2 bilik tidur, bilik air, tandas, dan kawasan laman yang agak luas.
Pada Oktober 1984, sebahagian daripada perumahan ini telah menerima penduduk peringkat pertama yang berjaya dalam permohonan. Perumahan ini diduduki sepenuhnya pada tahun 1988. Penduduk yang menghuni kawasan perumahan ini terdiri daripada beberapa kampung yang berhampiran ketika itu.
PELAN KAWASAN PERUMAHAN :
ANTARA PEJABAT-PEJABAT KERAJAAN YANG TURUT TERDAPAT DALAM KAWASAN PERUMAHAN TOK RANDOK:
1.Pusat Pembangunan Pertanian yang Ditubuhkan Jawatan Pertanian
2.Pejabat Renjer Hutan
TERDAPAT JUGA BEBERAPA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN. ANTARANYA IALAH:
A.PENDIDIKAN :
Pendidikan adalah aset yang amat bernilai dalam diri seseorang tidak kira peringkat umur. Pihak kepimpinan kampung juga sedar bahawa kanak-kanak di kampung ini memerlukan bahan rujukan yang banyak untuk setanding dengan dunia globalisasi pada hari ini. Ini juga sekaligus bagi merealisasikan kejayaan milik mereka. Justeru. pihak kepimpinan telah mengambil tindakan dengan menyediakan beberapa kemudahan seperti :
i) Perpustakaan Desa
Perpustakaan Desa Perumahan Tok Randok telah ditubuhkan sekitar tahun 1999. Bangunan Perpustakaan ini adalah bersebelahan balai raya. Perpustakaan ini mempunyai seorang petugas yang mengendalikan perpustakaan berkenaan.
ii) Penempatan Komputer di Perpustakaan
Bagi merealisasikan seruan kerajaan untuk menerokai dunia tanpa sempadan, pihak kepimpinan kampung telah berusaha menyediakan kemudahan internet yang ditempatkan di Perpustakaan Desa. Hal ini dapat memudahkan pengunjung di perpustakaan menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari bahan tambahan yang diperlukan.
Selain itu , masjid juga dibina bagi memudahkan para jemaah untuk menunaikan solat jumaat berjemaah.
i) Masjid Hadhari Perumahan Tok Randok
Masjid ini telah dibina sepenuhnya pada akhir tahun 2011. Anggaran boleh menampung seramai 1000 jemaah dalam satu masa. Kini bermula pada bulan Mac 2013, masjid ini telah dibuka untuk solat jumaat.
AKTIVITI :
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang HARI KEM KESIHATAN tajuk " cegah sebelum parok " yang Dirasmikan oleh YB ENCIK GHAZALI BIN TAIB , ADUN kawasan Ajil merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas pada 16 September 2013. Kehadiran pada hari tersebut adalah seramai 250 orang penduduk. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
- senamrobik
- pemeriksaan tekanan darah
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Pelancaran Hari Combi di Perumahan Tok Randok yang Dirasmikan oleh YB En.Ghazali bin Taib , ADUN kawasan Ajil merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-Tugas Khas pada 21 Disember 2013. Kehadiran pada hari tersebut adalah seramai 202 penduduk kampung. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
- Gimik pelancaran
- Perlantikan sukarelawan
- Pemeriksaan tahap glukos kepada penduduk
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Majlis Gotong-Royong Kenduri Rakyat Perumahan Tok Randok bersama Ahli Parlimen YB Dato Jailani Johari pada 30 November 2013. Kehadiran pada hari tersebut adalah seramai 30 penduduk kampung. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
- gotong-royong membersihkan kawasan perumahan
- memasak bubur asyura sebanyak 4 kawah
AKTIVITI KEAGAMAAN :
Kebanyakan daripada aktiviti ini diuruskan oleh ahli jawatankuasa masjid. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Kelas Fardu Ain, Ceramah agama, Bacaan Yassin dan Tahlil.
i. Kelas Fardu Ain
Kelas ini diadakan pada setiap hari Sabtu jam 10.00 pagi. Kelas ini tertumpu kepada golongan kanak-kanak. Kelas ini dikendalikan oleh Ustazah Haridah binti Muda dari Yayasan Islam Terengganu.
ii. Ceramah Agama
Ceramah agama ini dikendalikan oleh Ustaz Abd Rashid bin Long. Ceramah ini tertumpu pada isu-isu agama dan diadakan di masjid Perumahan Tok Randok. Kebiasaannya mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk di perumahan ini dan juga penduduk di sekitar kawasa perumahan ini.
iii. Bacaan Yassin dan Tahlil
Majlis diadakan setiap malam Jumaat. Kelas mengaji al-quran juga turut diadakan pada malam-malam selain malam Jumaaat.
AKTIVITI BAGI TAHUN 2015
1) Majlis penyerahan van jenazah kepada pihak pengurusan Masjid Hadhari,Perumahan Tok Randok yang Dirasmikan oleh YANG BERHORMAT DATO JAILANI JOHARI(PARLIMEN HULU TERENGGANU) pada 5 April 2015,
Turut hadir :
- Dato'Ahmad Fuad bin Kenali(DRB HICOM)
- Encik Azlan bin Shahrin(CEO Pos Malaysia)
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
- Majlis Penyerahan Kunci Van Jenayah
- Van Jenayah(sumbangan) 'dimandikan' oleh Dato Jailani Johari
- Sidang Media
2) Program gotong-royong penduduk kampung bersama agensi anti dadah kebangsaan (AADK) pada 28 Mei 2015. Program yang dijalankan ialah :
- Senamrobik
- Gotong-royong
Turut Hadir :
- Yang Berhormat Dato Jailani Johari ( Parlimen Hulu Terengganu )
- Yang Berhormat En.Ghazali Taib ( ADUN Ajil )
- Rombongan Istana
- Wakil dari Jabatan SUK
- Kehadiran orang kampung seramai 1000 Orang
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah :
- Majlis berbuka puasa
- Sumbangan duit raya kepada anak yatim dan golongan miskin
- Solat terawih berjemaah
- Ahli Jawatan Kuasa Masjid
PERANCANGAN MASA HADAPAN
Bagi memastikan perumahan ini terus maju di masa akan datang,pihak JKKK perumahan ini telah bercadang untuk menjayakan Projek Bumi Hijau. Hal ini juaga boleh mengelakkan pembaziran tanah,disamping dapat menambahkan pendapatan penduduk kampung ini yang berminat untuk bercucuk tanam.
Pada peringkat permulaan,pihak JKKK telah bercadang untuk menanam tanaman jangka pendek yang mudah untuk dituai dan tidak menelan kos yang tinggi.Tanaman yang disyorkan adalah sayuran-sayuran seperti sawi,bayam,salad dan sebagainya.Projek ini terbuka kepada semua penduduk kampung yang berminat untuk berbakti kepada tanah.Tumpuan juga diberikan kepada belia-belia kampung ini yang tidak mempunyai pekerjaan.
Projek ini juga akan mendapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu sebelum dilaksanakan .Contohnya daripada Pihak Pertanian,MARDI,FAMA dan sebagainya.Jika projek ini berjaya,pihak JKKK bercadang untuk turut menerokai bidang penanaman secara hidroponik dan petigasi.
Disediakan oleh:
Nur Ayuni Shahira binti Anua
No comments:
Post a Comment